KEAHLIAN

Keahlian Perpustakaan

Peraturan Am Keahlian Perpustakaan

  • Keahlian bagi pelajar UNIQSAAS adalah secara automatik apabila mereka mendaftar sebagai pelajar Universiti Alquran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang
  • Bagi keahlian Pegawai Akademik, Pegawai Pengurusan dan Profesional dan Pegawai Sokongan perlu mendaftar dengan mengisi Borang Permohonan Keahlian Perpustakaan yang boleh didapati di kaunter utama perpustakaan. 

Kategori Keahlian

1. Pelajar Diploma/Ijazah Sarjana Muda / Sarjana 

2. Pegawai Pengurusan Tertinggi 

3. Pegawai Akademik. Termasuk :- 

  • Pensyarah 

  • Tutor 

  • Pegawai sementara 

  • Felo Akademik 

  • Dan lain-lain jawatan berkenaan 

4. Pegawai Pengurusan dan Profesional. Termasuk :- 

  • Pegawai sementara (sambilan, kontrak)

  • Dan lain-lain jawatan berkenaan 

5. Kakitangan Pengurusan dan Sokongan. Termasuk :- 

  • Pembantu Penyelidik 

  • Dan lain-lain jawatan berkenaan 

6. Keahlian Bersekutu. Termasuk :- 

  • Individu 

  • Institusi (kerajaan @ swasta) 

  • Alumni UNIQSAAS 

  • Pesara UNIQSAAS 

  • Kakitangan Kerajaan atau Pesara Kerajaan 

  • Orang Luar / Awam 

  • Badan Korporat 

  • Pelajar dari Institusi PengajianTinggi Awam atau Swasta 

Kategori Keahlian Perpustakaan

Status Keahlian 

  • Pelajar yang menangguhkan pengajian akan diberikan status suspended sehingga mereka menyambung semula pengajian.
  • Pelajar yang menarik diri dari pengajian atau tidak menamatkan pengajian atau digugurkan dari pengajian atau mana-mana perkara yang berkaitan akan diberikan status terminated.
  • Kakitangan yang sedang cuti belajar di dalam negara (selain UNIQSAAS) akan diberikan status study leave. Walau bagaimanapun, beliau berhak menggunakan semua perkhidmatan yang ditawarkan oleh Perpustakaan. 
  • Kakitangan yang sedang cuti belajar di luar Negara akan diberikan status suspended sehingga mereka kembali berkhidmat dengan UNIQSAAS dan berhak menggunakan semua perkhidmatan perpustakaan kecuali perkhidmatan pinjaman, pemulangan dan pembaharuan tarikh pinjaman bahan. 
  • Manakala kakitangan yang melanjutkan pelajaran di UNIQSAAS akan menerima pakai keahlian sebagai kakitangan seperti sebelumnya dan berhak menggunakan semua perkhidmatan yang ditawarkan oleh Perpustakaan. 

Keahlian Bersekutu

Peraturan Am Keahlian Bersekutu

Mana-mana individu atau institusi (kerajaan dan swasta) yang berminat untuk menjadi ahli Perpustakaan UNIQSAAS boleh berbuat demikian dengan melengkapkan borang Permohonan Keahlian Bersekutu Perpustakaan dan Surat Jaminan dari majikan atau mana-mana pihak yang berkenaan beserta dua keping gambar.

Bagi keahlian bersekutu, caj RM10.00 dikenakan untuk kad keahlian.

Kutipan yuran kad keahlian diserahkan kepada pihak Bendahari UNIQSAAS dalam tempoh 3 hari bekerja.

Resit pembayaran dari pihak Bendahari UNIQSAAS akan diserahkan kepada pelanggan bersama-sama dengan kad keahlian luar.

Semua pelanggan keahlian bersekutu dibenarkan membuat rujukan dan menggunakan semua perkhidmatan yang ditawarkan oleh perpustakaan.

Setiap pelanggan keahlian bersekutu bertanggungjawab untuk melaporkan kepada Perpustakaan sebarang pertukaran alamat atau kehilangan kad keahlian.

Tempoh keahlian adalah satu tahun sahaja dari tarikh pendaftaran. Pelanggan perlu memperbaharui keahlian mereka setiap tahun jika masih ingin menjadi ahli Perpustakaan UNIQSAAS.

Semua keahlian Bersekutu adalah tertakluk kepada Peraturan-peraturan Perpustakaan UNIQSAAS dan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas bahan yang dipinjam.

 

Kategori Keahlian Yuran Tahunan Perpustakaan (RM) Deposit Perpustakaan (RM) Cagaran Perpustakaan (RM)
 Alumni UNIQSAAS  10  100 RM 200 maksima 2 buah buku tempoh pinjaman 14 hari.
 Pesara UNIQSAAS  Percuma  Percuma RM 200 maksima 2 buah buku tempoh pinjaman 14 hari.
 Kakitangan Kerajaan   50  100 RM 300 maksima 2 buah buku tempoh pinjaman 14 hari.
 Orang luar / awam  10  100 RM 300 maksima 2 buah buku tempoh pinjaman 14 hari.
 Badan Korporat  200  400 RM 200 maksima 2 buah buku tempoh pinjaman 14 hari. (khas 8 orang kakitangan sahaja)
 Pelajar Jangka Masa Pendek  10  100 RM 200 maksima 2 buah buku tempoh pinjaman 14 hari.
 Pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta  30  100 RM 200 maksima 2 buah buku tempoh pinjaman 14 hari.

 

 

Loading...